16-6020ASIA-LeadershipPool-R4-102516 (1)Pencapaian bukan bergantung kepada bilangan ahli yang terdapat dalam satu pasukan, tetapi kerjasama ahli pasukan adalah kunci pencapaian. Kerja Berpasukan juga merupakan kunci kejayaan dalam Tabung Bonus Kepimpinan.

Kami berharap bahawa anda telah membangunkan perniagaan anda dengan berjaya dan juga memberi bimbingan kepada Ahli Rakan Niaga baru untuk memulakan Sistem Isagenix. Sekarang, tiba masanya untuk menyatukan ahli pasukan anda dengan membina asas yang kukuh dalam perniagaan anda. Semasa ahli pasukan anda mencapai pada pangkat yang lebih tinggi kitaran yang anda dapat membina turut akan meningkat, dan anda juga boleh memperolehi mata dalam Tabung Bonus Kepimpinan.

Tip untuk Meningkatan Kerjasama di Kalangan Ahli Pasukan

  • Membantu ahli pasukan anda untuk menentukan matlamat mereka. Sesi penetapan matlamat merupakan cara yang baik memupuk semangat kerjasama setiap ahli dalam pasukan.
  • Mencari rakan niaga yang berakauntabiliti. Ia memudahkan anda untuk memeriksa pencapaian matlamat anda dengan bantuan daripada rakan niaga anda. Mengumpulkan kesemua ahli yang mempunyai matlamat yang sama supaya mereka boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat, ia merupakan satu cara yang paling mudah untuk membentuk satu pasukan yang bersatu padu.
  • Menetapkan matlamat organisasi. Menetapkan matlamat organisasi merupakan cara lain membentuk satu pasukan yang bersatu padu. Tujuan matlamat organisasi boleh mendorong ahli pasukan bekerjasama untuk mencapai kejayaan, sama ada matlamat tersebut adalah untuk setiap ahli layak untuk menghadiri lawatan insentif yang seterusnya atau setiap ahli mencapai pangkat tertentu dalam suatu tempoh yang tertentu.

Sekiranya anda berjaya membina pasukan yang komited untuk memberi sokongan sesama sendiri dan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, asas pasukan anda menjadi kukuh dan juga boleh memperolehi mata dalam Tabung Kepimpinan!