Dalam usaha berterusan kami untuk meningkatkan amalan keselamatan di Isagenix dan melindungi perniagaan anda, kami akan menjalankan pengemaskinian sistem yang mungkin akan menjejaskan cara anda melog masuk Associate Back Office (ABO).

Apakah yang akan dikemas kini?.

  • Berkuat kuasa dari 12 Mac 2019, Associate tidak boleh menggunakan nama laman web Isagenix peribadi mereka sebagai Nama Pengguna apabila melog masuk ke ABO. Associate perlu menggunakan Nama Pengguna unik yang tidak sama dengan nama laman web Isagenix sedia ada untuk log masuk ke ABO.
  • Berkuat kuasa dari 12Mac 2019, Associate tidak boleh lagi menggunakan No. ID Ahli sebagai Nama Pengguna untuk melog masuk ke ABO.

Dengan penguatkuasaan serta-merta, apabila anda melog masuk ke ABO, pengesahan keselamatan akan membuat semakan untuk memastikan sama ada nama pengguna anda sepadan dengan nama laman web Isagenix peribadi anda atau anda menggunakan No. ID Ahli sebagai Nama Pengguna anda. Jika salah satu senario berlaku, anda akan diberitahu untuk menukar nama pengguna anda pada masa itu dan diarahkan untuk mengikuti pautan yang disediakan untuk membuat perubahan dalam bahagian “My Account” ABO. Walaupun anda tidak perlu segera melakukannya, kami menggalakkan anda supaya menukarnya dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kesukaran mengakses akaun Isagenix anda pada masa akan datang. Anda masih akan menerima notis ini apabila melog masuk sehingga anda mengemas kini kelayakan Nama Pengguna anda.

Berkuat kuasa dari 12 Mac 2019, setelah melog masuk ke ABO, jika nama pengguna anda sepadan dengan nama laman web Isagenix peribadi anda, anda perlu menukar nama pengguna anda untuk meneruskan akses ABO. Untuk membuat perubahan ini, anda akan diberi notis yang memberi anda akses untuk mengemas kini Nama Pengguna anda. Setelah Nama Pengguna dikemas kini, anda akan diberi akses penuh ABO untuk menjalankan aktiviti peribadi dan bisnes.

Sekiranya anda menggunakan No. ID Ahli anda sebagai Nama Pengguna anda, notis akan muncul untuk memberitahu anda bahawa No. ID Ahli Isagenix tidak lagi diterima sebagai kelayakan Nama Pengguna. Anda akan digesa untuk memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang dikaitkan dengan akaun anda. Jika anda terlupa Nama Pengguna anda, anda akan digesa untuk mendapatkan Nama Pengguna anda dengan memasukkan alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Isagenix anda dan Nama Pengguna anda akan dihantar kepada anda. Jika e-mel yang dimasukkan tidak dikaitkan dengan akaun Isagenix anda, anda berpeluang memasukkan alamat e-mel alternatif atau menghubungi perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan Nama Pengguna yang dikaitkan dengan akaun anda.

Berkuatkuasa dari 12 Mac 2019, No.ID Ahli anda tidak boleh digunakan lagi untuk melog masuk aplikasi mudah alih IsaLife dan IsaPulse.

Sekiranya anda mempunyai soalan atau memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 03-2243 1834 dan wakil kami akan membantu anda.

 

Terima kasih atas sokongan anda,

Pasukan Sokongan Isagenix