Ahli yang dihormati,

Dalam usaha berterusan kami untuk mengembangkan dan melindungi peluang Isagenix dengan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan tanpa kompromi, pengemaskinian berikut akan berkuatkuasa dalam semua pasaran mulai 11 Mei 2019.

Perubahan Persediaan Pesanan Autoship

Pada masa ini, Ahli baru boleh membuat pesanan Autoship berulang dengan memilih sumbangan amal sebagai satu-satunya item mereka. Mulai 11 Mei, Ahli akan menerima mesej meminta mereka memilih produk yang berkomisen untuk meneruskan pesanan Autoship mereka.

Program Autoship memudahkan Ahli kita mencipta dan menjadualkan pesanan produk yang ditempah berulang kali dan dihantar mengikut permintaan mereka. Ini adalah cara terbaik bagi Ahli untuk mendapat penjimatan maksimum terhadap pek dan sistem dan berpeluang untuk mendapatkan insentif serta promosi. Untuk menerima manfaat ini, Ahli mesti membuat pesanan berulang Autoship mereka dengan produk berkomisen. Pemilihan derma amal masih merupakan pilihan untuk pesanan Autoship, dan pelanggan masih boleh memberi sokongan global dengan memberi sumbangan sekali sahaja kepada Make A Wish dalam sebarang pesanan borong atau runcit.

Penyesuaian Pesanan Anda

Pesanan boleh dibuat di Back Office anda atau dibatalkan pada bila-bila masa dengan menghubungi Perkhidmatan Pelanggan. Pembatalan pesanan Autoship tidak menjejaskan Keahlian Isagenix anda. Produk boleh dipesan pada harga borong Preferred Member mengikut keperluan anda.

Perubahan ini memastikan Autoship adalah cara terbaik untuk Ahli kita menerima penjimatan maksimum terhadap semua pek dan sistem kami.

Di Isagenix, kami tetap komited untuk tidak menjejaskan integriti produk atau peluang perniagaan kami. Terima kasih kerana memahami dan memberikan sokongan kepada kami sementara kami melaksanakan perubahan penting ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, hubungi Perkhidmatan Pelanggan di +03-2243 1834.

Salam mesra,

Pasukan Jualan dan Pemasaran Isagenix