Isagenix telah mula beroperasi secara rasmi di Indonesia. Ini merupakan negara ke-14 dengan penjualan produk-produk Isagenix!

Majlis perasmian telah dianjurkan pada 6hb Jun, Sabtu di pejabat Indonesia, Jakarta. Pasukan korporat Isagenix yang menghadiri majlis perasmian tersebut disambut dengan mesra.

Ketua Pegawai Eksekutif Isagenix, Kevin Adams, Ketua Pegawai Sains Isagenix, Suk Cho, PhD., Naib Presiden Isagenix dan Pengarah Pengurusan Asia Tenggara, Dato Dr. Ronie Tan dan Pengurus Besar Indonesia, Agung Sardjono telah menghadiri sesi soal jawab dengan media tempatan.

Pada 7hb Jun, Ahad, majlis perasmian diteruskan di The Ritz-Carlton, Jakarta, Mega Kuningan. Para hadirin belajar tentang produk-produk dan peluang perniagaan Isagenix. Majlis tersebut diakhiri dengan Gala, yang merangkumi acara muzik, jamuan makan malam dan majlis penganugerahan kepada Ahli Rakan Niaga Indonesia.

Perkembangan Isagenix di Indonesia

Proses pendaftaran sebagai Ahli Rakan Niaga Isagenix di Indonesia merangkumi 2 langkah, dengan salah satu langkah khas untuk permohonan keahlian. Semasa anda mendaftar sebagai ahli, anda akan ditanya soalan: adakah anda ingin membuat pesanan untuk produk? Anda boleh meneruskan pesanan anda dengan klik “Begin Product Order here (Buat Pesanan Sekarang)”.

Jika anda membuat pesanan sebaik sahaja anda daftar sebagai Ahli Rakan Niaga Isagenix, anda layak untuk PIB dan PIB Berganda. Pesanan mestilah dibuat serta merta selepas proses permohonan keahlian anda selesai. Klik sini untuk maklumat selanjut.

Peringatan: Jika anda dan pasukan anda ingin mengembangkan perniagaan anda di peringkat antarabangsa, Tajaan Antarabangsa diperlukan.

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan perniagaan Isagenix di Indonesia, sila semak borang keahlian baru di sini. Jika anda ingin berhubung dengan kakitangan antarabangsa kami, sila semak risalah ini.

Sila layari IsaFYI.com untuk berita terkini yang berkaitan dengan Isagenix Indonesia.