Dalam usaha berterusan kami untuk meningkatkan amalan keselamatan di Isagenix dan melindungi perniagaan anda, kami akan menjalankan pengemaskinian sistem yang mungkin menjejaskan cara anda melog masuk Associate Back Office (ABO).

Apakah yang akan dikemas kini?

  • Berkuat kuasa pada 9 Mac 2019, Associate tidak boleh menggunakan nama laman web Isagenix peribadi mereka untuk kelayakan log masuk Nama Pengguna apabila melog masuk ke ABO. Associate perlu menggunakan Nama Pengguna unik yang tidak sama dengan nama laman web Isagenix sedia ada untuk log masuk ke ABO.
  • Berkuat kuasa pada 9 Mac 2019, Associate tidak boleh lagi menggunakan No. ID Ahli sebagai kelayakan Nama Pengguna untuk melog masuk ke ABO.

Pada 26 Januari 2019, apabila anda melog masuk ke ABO, pengesahan keselamatan akan membuat semakan untuk memastikan sama ada nama pengguna anda sepadan dengan nama laman web Isagenix peribadi anda atau anda menggunakan No. ID Ahli anda sebagai kelayakan Nama Pengguna anda. Jika salah satu senario berlaku, anda akan menerima gesaan untuk menukar nama pengguna anda pada masa itu dan diarahkan untuk mengikuti pautan yang disediakan untuk membuat perubahan dalam bahagian “MyAccount” ABO. Walaupun anda tidak perlu segera melakukannya, kami menggalakkan anda supaya menukarnya secepat mungkin untuk mengelakkan kesukaran mengakses akaun Isagenix anda pada masa akan datang. Anda masih akan menerima gesaan ini apabila melog masuk sehingga anda mengemas kini kelayakan Nama Pengguna anda.

Berkuat kuasa pada 9 Mac 2019, setelah melog masuk ke ABO, jika nama pengguna anda sepadan dengan nama laman web Isagenix peribadi anda, anda perlu menukar nama pengguna anda untuk meneruskan akses ABO. Untuk membuat perubahan ini, anda akan diberi gesaan yang memberi anda akses untuk mengemas kini kelayakan Nama Pengguna anda. Setelah kelayakan Nama Pengguna dikemas kini, anda akan diberi akses penuh ABO untuk menjalankan aktiviti peribadi dan bisnes.

Sekiranya anda menggunakan No. ID Ahli anda sebagai kelayakan Nama Pengguna anda, gesaan akan muncul untuk memberitahu anda bahawa No. ID Ahli Isagenix tidak lagi diterima sebagai kelayakan Nama Pengguna. Anda akan digesa untuk memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang dikaitkan dengan akaun anda. Jika anda terlupa Nama Pengguna anda, anda akan digesa untuk mendapatkan Nama Pengguna anda dengan memasukkan alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Isagenix anda dan Nama Pengguna anda akan dihantar kepada anda. Jika e-mel yang dimasukkan tidak dikaitkan dengan akaun Isagenix anda, anda berpeluang memasukkan alamat e-mel alternatif atau menghubungi perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan Nama Pengguna yang dikaitkan dengan akaun anda.

Sekiranya anda mempunyai soalan atau memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 03-2243 1834 atau e-mal CustomerServiceMY@Isagenixcorp.com dan seorang daripada wakil kami akan membantu anda.

Terima kasih kerana memberikan sokongan anda,

Pasukan Sokongan Isagenix