Sejajar dengan perkembangan yang berterusan Isagenix di pasaran antarabangsa, kami mendapati perkembangan pasaran-pasaran kami adalah berbeza dari segi kematangan. Perubahan membantu kami untuk menyesuaikan diri di pasaran yang berlainan. Walau bagaimanapun, pelan ganjaran global yang telah berjalan dengan lancar selama ini merupakan perkara yang tidak akan berubah. Tidak kira pasukan anda dari Kanada atau Malaysia, pelan ganjaran global kami berteras sama. Tetapi, sebahagian daripada promosi yang berjalan di pasaran negara anda mungkin berbeza dengan negara-negara lain.

Berkuatkuasa dari minggu komisen pada 30hb Mac 2015, Isnin, semua ahli rakan niaga yang berdaftar di Taiwan, Singapura, Malaysia dan Vietnam, yang membuat pesanan sebanyak 100 BV atau lebih akan kekal Aktif dan berkelayakan untuk menikmati pelan ganjaran global Isagenix.

Dalam usaha memberi insentif kepada pasaran-pasaran berkembang di Asia, kami akan melancarkan Program Bonus Kenaikan Pangkat yang memenuhi keperluan pasaran masing-masing. Program ini memperkenalkan dua tahap bonus baru iaitu pada 15 dan 30 kitaran serta menaikkan nilai tabung bonus sebanyak USD $ 2,000. Dengan pengenalan tahap bonus yang baru, kami mengubah pengagihan bonus setiap tahap. Kini, terdapat jumlah sebanyak USD $ 12,050 yang tersedia di Bonus Kenaikan Pangkat dan Bonus Membangunkan Perunding.

Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Program Bonus Kenaikan Pangkat adalah seperti berikut:

15-MY-BM-5010-RAB Flyer 290315 V2-1