16-6000INT-Welcome-Family-IsaFYI-V1-091316-MY-MB

Sementara kami merealisasikan visi Isagenix iaitu meningkatkan pengaruh Isagenix terhadap tahap kesihatan dunia, dengan bangganya, kami ingin mengumumkan penyertaan dan perubahan ahli barisan kepimpinan antarabangsa kami. Barisan yang berkaliber ini amat bersemangat untuk berkongsi visi kami dengan dunia dan berdedikasi untuk menjadikan Isagenix sebagai sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang terbesar di dunia!

Bersama dengan kami untuk mengalu-alukan barisan kepimpinan antarabangsa yang baru:

    • Hugo-HSHugo Espinosa, Pengurus Besar Colombia. Beliau berpengalaman profesional melebihi 20 tahun dan pengalaman dalam industri pemasaran rangkaian sebanyak 16 tahun. Hugo pernah berkhidmat di syarikat-syarikat multinasional yang beroperasi di Colombia dan Bolivia. Hugo akan melaporkan diri ke Mario Leyva, Pengarah Urusan Latin Amerika.

 

    • Sandy-HSSandy Lord, Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara. Sandy berkhidmat dalam industri ini melebihi 18 tahun dan beliau amat bersemangat untuk membantu orang ramai supaya mencapai kejayaan dan potensi masing-masing. Beliau pernah menyandang jawatan untuk lembaga pengurusan dalam industri pengurusan bakat. Pengurus Besar Indonesia Agung Sardjono dan Pengurus Besar Singapura yang baru, Desmond Tan akan melaporkan diri ke Sandy.

 

    • Desmond-HSDesmond Tan, Pengurus Besar Singapura. Desmond berpengalaman melebihi 15 tahun dalam industri pemasaran rangkaian. Sebelum menyertai Isagenix, beliau telah berjaya meningkatkan jualan syarikat yang beliau berkhidmat sebelum ini sebanyak US$1 bilion di pasaran China.

 

    • Mac-HSMac Larsen, Pengurus Besar Australia dan New Zealand. Mac menukar jawatan beliau sebagai Naib Presiden Jualan Amerika Utara kepada Pengurus Besar Australia dan New Zealand. Mac berpengalaman melebihi 10 tahun dalam lembaga pengurusan dan bidang jualan dalam industri pemasaran rangkaian.

 

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih kepada David McManus atas usaha beliau sebagai Pengurus Sementara Asia Tenggara. David akan meneruskan peranannya sebagai Pengarah Pembangunan Pasaran Asia dengan mengawasi pasaran Hong Kong dan Taiwan.

Kami menantikan peluang perniagaan yang akan diwujudkan oleh barisan kepimpinan ini.

Yang benar,

Sharron Walsh
Naib Presiden Antarabangsa