Rewards1

Dengan bangganya, Isagenix ingin memaklumkan bahawa pejabat kami yang terletak di Australia dan New Zealand telah memenangi Anugerah Emas dan Gangsa dalam Asia-Pacific Stevie Awards 2015! Kami memberi pengiktirafan terhadap pencapaian Ahli Rakan Niaga kami, hari ini, dengan bangganya Isagenix menerima pengiktirafan atas alat perniagaan yang cemerlang dalam memberi sokongan kepada Ahli Rakan Niaga kami untuk mencapai kebebasan kewangan dan perubahan fizikal yang luar biasa.

Asia-Pacific Stevie Awards ini merupakan anugerah terulung dalam bidang perniagaan di dunia. Asia-Pacific Stevie Awards memberi pengiktirafan terhadap pencapaian dalam pelbagai aspek di tempat kerja oleh organisasi-organisasi dari 22 buah negara.

Selepas mengetahui berita yang menggembirakan ini, Augus Love, Pengurus Besar Isagenix Australia dan New Zealand berkata: “Kami berasa amat bangga dengan pengiktirafan ini dan sumbangan kami terhadap rakyat Australia dan New Zealand.”

Organisasi lain yang memenangi Asia-Pacific Stevie Awards 2015 ini termasuklah Qantas, Telstra, DHL, Mantra Group dan Harvey Norman Australia.

IsaNews Memenangi Anugerah Emas!

Awards 2IsaNews, terbitan majalah kami pada setiap suku tahun telah memenangi Anugerah Emas dalam kategori Best In-House Publication dalam Asia-Pacific Stevie Awards! IsaNews merupakan majalah yang profesional, mengandungi 80 muka surat dan khas untuk Ahli Rakan Niaga dan individu yang berminat terhadap produk Isagenix, pembinaan perniagaan dan budaya organisasi kami.

2015 National Celebration (Majlis Sambutan Kebangsaan) Memenangi Anugerah Gangsa!

awards 32015 National Celebration, majlis utama tahunan kami juga memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori Best Brand Experience Event dalam Asia-Pacific Stevie Awards. Majlis ini diadakan pada bulan Mac, disertai oleh seramai 5,500 orang Ahli Rakan Niaga Isagenix dari Australia dan New Zealand.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Rakan Niaga kami yang berada di Australia dan New Zealand. Mereka telah menyumbang kepada pencapaian Isagenix pada hari ini. Kami berjanji akan teruskan perkongsian Solusi Isagenix untuk membantu orang ramai mengubah kehidupan mereka!