/Uncategorized @ms

Bersama dengan Isagenix untuk menyumbang balik kepada masyarakat pada bulan Mei ini

040116-WhatDrivesUs-IsaFYI-MY-EN_700x112-Email Banner“Ketika Jim dan saya menubuhkan Isagenix, kami bermatlamat untuk menyumbang balik kepada masyarakat, dari segi peribadi dan profesional, pada setiap hari. Apabila saya melihat kepada pencapaian kami, saya berasa amat kagum. Dengan mengamalkan semangat Satu Pasukan (#OneTeam), kami berjaya menyumbang lebih daripada USD 4.7 juta kepada Yayasan Make-A-Wish®, mengubah kehidupan orang ramai dari segi fizikal dan kewangan serta berkongsi kebaikan Isagenix secara global. Saya tidak sabar untuk melihat pencapaian kami pada masa depan.” – Kathy Coover, Pengasas Bersama dan Naib Presiden Eksekutif Isagenix

Berbakti, Maju Ke Hadapan

Sumbangan merupakan teras kepada Isagenix. Kami percaya bahawa anda tidak akan memiliki segala sehinggalah anda berkongsinya. Membawa perubahan kepada kehidupan orang lain, berbakti dan berkhidmat untuk orang lain adalah satu nikmat. Sumbangan bukan sekadar menyumbang wang; ia juga termasuk sumbangan dari segi masa, pengetahuan, kasih sayang, bantuan and usaha anda. Sumbangan membolehkan kami menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar. Apabila anda menyumbang sesuatu tanpa memikirkan diri sendiri, tanpa mengharapkan sebarang balasan, ia membantu meningkatkan harga diri anda.

Kami menyumbang kepada keluarga kami, menyumbang kepada individu yang kurang bernasib baik, beramal serta menyumbang kepada kejayaan orang lain dan diri sendiri agar kita dapat bersama-sama untuk mempengaruhi dunia ini. Kami turut bertekad untuk menyumbang kepada kesihatan dunia pada hari ini dan untuk generasi yang akan datang.

Mendedikasi bulan Mei untuk menyumbang balik kepada masyarakat dan mentransformasi kehidupan orang lain bersama dengan Isagenix.

Untuk keterangan lanjut tentang nilai teras kami, sila layari sini.

2016-05-04T18:58:47+00:00Mei 3rd, 2016|Uncategorized|

Inspirasi untuk Mengubah Gaya Hidup: Ahli dengan Berat Badan 200 Paun Berubah supaya Memiliki Kehidupan yang Sihat

BARRY-IsaFYI-Sucess-Story-1200x630

Pada usia 49, berat badan Barry mencapai tahap maksimum. Sebagai seorang suami dan ayah kepada dua orang anak, dengan berat badan 476 paun, dia berasa amat bimbang kerana dia berkemungkinan mengikut jejak ayahnya yang meninggal dunia pada usia 66 dengan berat badan 420 paun.

Oleh itu, Barry membuat keputusan untuk mengubah gaya hidupnya.

Dia umpama dilahirkan semula selepas berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 200 paun. Tetapi, keadaan ini tidak berlaku dalam jangka masa yang pendek. Pengubahan ini merupakan satu proses yang panjang.

photo7Adakah Anda telah Bersedia untuk Mengubah Gaya Hidup Anda?

Selepas Barry mengambil keputusan untuk menurunkan berat badannya yang berlebihan, dia menyertai satu rancangan realiti televisyen yang berkaitan dengan penurunan berat badan yang terkenal. Demi penggambaran rancangan, dia berkunjung ke negara-negara yang berlainan selama 7 tahun dan membelanjakan wang sebanyak $5,000 dalam pembayaran hotel.

“Saya menghantar rakaman video setiap bulan April dan amat berdedikasi kerana saya percaya diri saya pasti menang,” kata Barry.

Selepas beberapa tahun berlalu, Barry perasan bahawa menyertai rancangan ini merupakan satu impian. Tetapi, dia jelas bahawa tanpa melakukan apa-apa, ia tidak akan membantu dia untuk menurunkan berat badan.

Oleh itu, Barry melayari internet untuk mendapatkan bantuan kaunseling dan sokongan.

“Saya memantau bilik sembang yang bertopik penurunan berat badan,” kata Barry. Dia bersembang dan berkongsi kesusahannya dalam penurunan berat badan dengan sekumpulan orang yang tidak berkenalan dalam bilik sembang tersebut. “Saya kehilangan dorongan. Saya berasa amat bimbang.”

Pada masa inilah Barry bertemu dengan “malaikatnya”.

Permulaan Amalan Sistem Isagenix

Keesokan harinya, dia menerima satu mesej daripada seorang wanita bernama Alison pada waktu pagi.

Alison membalas mesej Barry dalam masa beberapa jam selepas Barry menyiarkan mesej dia dalam bilik sembang tersebut. Kata Alison: “Saya tahu anda tidak mengenali saya, tetapi saya telah membaca mesej anda di dalam bilik sembang dan saya ingin berkongsi dengan anda satu sistem yang dapat mengembalikan kehidupan yang anda ingini.”

Barry teringat kata ayahnya. “Ayah saya selalu memberitahu saya janganlah menolak tawaran seseorang dengan mudah,” kata Barry. “Sentiasa mendengar dan memberi peluang kepada mereka.” Inilah cara Barry berinteraksi dengan Alison.

Alison memperkenalkan Isagenix kepada Barry dan Larry, pembimbing kepada Barry sekarang. Alison menerangkan kepada mereka bahawa pengubahan bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga emosi.

Pada peringkat awal, anak perempuan Barry yang berusia 27 tahun, bernama Holli, merupakan seorang pakar nutrisi yang berlesen, dia meragu-ragu terhadap Isagenix. Dia membuat kajian terhadap bahan kandungan produk sebelum ayahnya mengambil produk-produk tersebut.

“Perkara yang menakjubkan saya ialah anak saya mendapati tiada sebarang bahan negatif yang terkandung di dalam produk. Dia memberi pujian terhadap produk,” kata Barry sambil ketawa.

Oleh itu, Barry bermula dengan Sistem 30-Hari. Selepas 2 minggu mengambil produk-produk Isagenix, dia dapat merasai badannya berubah dari segi dalaman dan luaran. Dengan perubahan yang menakjubkan ini, dia percaya bahawa Isagenix merupakan gaya hidupnya.

“Produk kegemaran saya ialah Creamy Dutch Chocolate IsaLeanTM Shake,” kata Barry. “Saya mengambil produk Isagenix setiap hari, setiap minggu dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan.”

Tiada Rasa Malu terhadap Gambarnyaphoto3

Sebelum Barry menurunkan berat badannya sebanyak 220 paun dengan Sistem Isagenix, anak bongsunya yang bernama Laura, berusia 15 tahun, telah mendaftar satu Facebook akaun untuk Barry. Barry bertemu dengan kawan-kawannya pada zaman kanak-kanak, tetapi dia berasa malu dengan gambarnya.

Barry tidak meletak sebarang gambar profil kerana bimbang dengan pandangan kawan-kawannya di Facebook. Keadaan ini juga menyebabkan Barry enggan berinteraksi dengan orang lain.

Pada hari ini, Barry berasa bangga untuk memuat naik gambar profil di halaman Facebook dia, tiada sebarang rasa malu terhadap gambarnya. Dia tidak berasa bimbang untuk berinteraksi dengan orang lain. Pada peringkat awal, dia hanya mempunyai 9 orang kawan tetapi ia bertambah menjadi 5,000 orang kawan dan mempunyai seramai 1,300 pengikut.

“Kita bersama-sama dengan individu yang bermatlamat sama”, kata Barry, yang bermatlamat untuk mencapai pangkat Pengarah dalam masa dua bulan. “Perkara yang paling penting untuk membantu mereka adalah sentiasa berada di sisi mereka dan inilah apa yang kita sedang lakukan.”

Saiz baju Barry berubah daripada saiz 60 kepada saiz 34 dan dia meneruskan matlamatnya supaya berat badannya menurun sebanyak 22 paun.*

“Orang ramai menanya saya, ‘Anda sekarang telah berjaya menurunkan berat badan anda dengan hanya 20 paun lagi anda akan mencapai matlamat anda. Apakah yang anda ingin lakukan?’” Jawab Barry: “jawapan saya ialah, “Kenapa tinggalkan Isagenix? Ia dapat meningkatkan kualiti kehidupan saya dan saya tidak ingin kembali ke situasi dahulu.”

Kelab Isagenix 100-, 200-, 300- dan 400-Paun mengiktiraf, menyambut dan memberi sokongan kepada sesiapa yang menurunkan berat badannya sebanyak 100 paun atau lebih selepas pengambilan produk-produk Isagenix. Untuk maklumat selanjut atau ingin menyertai Kelab Isagenix 100-Paun, sila emel kepada 100PoundClub@IsagenixCorp.com.

*Keputusan penurunan berat badan adalah berbeza antara individu. Berdasarkan kajian yang dijalani oleh penyelidik dari University of Illinois yang terletak di Chicago pada tahun 2012, secara purata berat badan subjek turun sebanyak 9 paun dengan penurunan sebanyak 2 paun secara purata daripadanya adalah lemak viseral selepas pengamalan Sistem Isagenix 30-Hari. Subjek yang mengamalkan Sistem Isagenix mempunyai pegangan yang lebih kuat dan berat badan yang lebih konsisten berbanding dengan subjek yang mengamalkan pemakanan tradisional.

2015-06-18T08:41:21+00:00Jun 18th, 2015|Uncategorized|